Saturday, October 23, 2010

Bagaimanakah Tuanya Anda?

Dalam posting yg pertama ni izinkan saya bicarakan satu topik yg agak berat dan serius. Supaya pembaca pun turut serius membaca apa yg nak disampaikan, sila perhalusi dulu beberapa fakta yg saya ambil dari muka depan The Star bertarikh 27 Mei 2007:

#1) People are living longer – life expectancy for woman is 76 years and men 72
#2) They are marrying late and having children later. At retirement age, the children are still in school or university
#3) Inflation rate is 6% in urban areas.
#4) Only 5% of Malaysians are prepared for retirement.
#5) 70% of retirees use up all their EPF money within three years after retiring

Okeh. Kembali ke topik.

Berapa ramai dari kita dah mula bersedia dari sekarang untuk bersara dalam masa 20-30 tahun dari sekarang?

Terima kasih pada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, semua pekerja dalam sektor swasta dan pekerja tak berpencen sektor awam akan ada simpanan paling cikai pun RM120,000 dalam akaun EPF bila mereka bersara. Lepas tolak ambilan untuk deposit rumah, beli komputer, belanja perubatan dan lain-lain yg dikeluarkan sebelum tempoh matang maka baki yang tinggal adalah dalam RM90,000. RM90,000 ya Tuan-Tuan. Cukup banyak tak?

Perancang kewangan kata kita perlukan antara RM1.4 juta dan RM2.8 juta untuk bersara dengan selesa (New Straits Times, 12 Mac 2007). Selesa tau. Bukan mewah.

Eh kenapa banyak sangat? Kita mungkin bertanya pulak. Teruskan membaca.

Dalam satu kajian kes, sebuah keluarga dengan 2 orang anak, dua bijik kereta, sebijik rumah kos sederhana perlukan RM5,000 untuk perbelanjaan bulanan dan bila bersara perbelanjaannya sepatutnya turun ke sebanyak RM3,500 atau pun 70% dari kos gaya hidup semasa.

Meh kita buat kira-kira sikit.

Katakanlah Puan Lunamaya bersara pada umur 55 tahun dan jumlah EPF terkumpul ialah RM500,000. Berdasarkan anggaran yang beliau akan hidup sampai ke umur 76 tahun maka dia bahagikan jumlah tersebut secara prorata untuk 21 tahun seperti berikut:

21 tahun * 12 bulan = 252 bulan
RM500,000 / 252 bulan = RM1,984

Untuk memastikan beliau mempunyai belanja yang cukup sehingga akhir hayat, maka jumlah belanja bulanan beliau harus tak lebih dari RM1,984. Jumlah tersebut jika ditambah dengan bahagian suami beliau, En Ariel iaitu sebanyak RM2,450 (Jumlah EPF: RM500,000 & Jangka hayat 72 tahun) maka jumlah boleh belanja isirumah ialah sebanyak RM4,434 sebulan. Boleh kata banyak la tu ye tak?

Senario diatas boleh dikatakan sangat2 ideal. Ada cukup duit untuk belanja apa yg kita mau dan perlu. Tapi! Cuba kita masukkan sikit beberapa faktor luar kawalan yg boleh mengurangkan jumlah atau nilai wang persaraan kita tu.

1) Inflasi

Ingat lagi kempen Inflasi Sifar? Inflasi yang tinggi mencerminkan kos sara hidup yang tinggi. Berapa harga sekeping roti canai 5 tahun sudah? Berapa harga minyak petrol 5 tahun sudah? Berapa pulak harga tol 5 tahun sudah? Berkurang ke makin naik? Seringgit sekarang tak boleh beli apa yang seringgit dulu boleh beli. Dalam 20 tahun akan datang, RM500,000 dalam akaun EPF kita mungkin hanya ada kuasa membeli (purchasing power) RM145,053 sahaja. Gambarkan, 20 tahun akan datang kos makan 3 kali sehari jumlahnya RM64 berbanding RM20 sekarang.

2) Kos Perubatan

Lagi lama hidup lagi banyak penyakit. Beberapa jenis penyakit yg sinonim dengan warga tua ialah osteoperosis, diabetes, kolestrol tinggi, hypertension, katarak, masalah jantung dan kanser. Penyakit + Doktor/Bomoh = Duit. Warga tua secara amnya berbelanja antara RM800 – RM1000 sebulan untuk perubatan tau. Ape? Kat hospital kerajaan murah bayar seringgit je? Cuba sedara/i buat bypass operation tengok berapa kena? Sila jangan pandang rendah pada kos perubatan. Senang-senang je boleh perabis duit EPF tuh. Kalau dah habis duit tu? Mintak2 la anak2 soleh solehah kita sudi tampung perbelanjaan tu. Saya teringat la pulak kes anak buang bapak dekat stesen bas sebab dah tak tahan kena sponser kos hemodalisis Pak Cik tuh. Skarang orang tua tu duduk kat Rumah Penyayang Jejawi, Perlis.

3) Belanja Anak-anak

Gen X dan Gen Y kebanyakannya kawin lambat. Banyak repeat paper kat U, mengejar karier, enjoy kehidupan muda mudi adalah beberapa sebab kenapa generasi sekarang lambat mendirikan mesjid. Bila dah dapat hidayah, umur dah lanjut baru la nak belajar macammana nak pakaikan pampers anak. Bila cukup umur bersara, anak pun tak habis sekolah lagi. Kalau larat sambung la keja lagi. Kalu tak korek la duit EPF tu. Itu tak la teruk sangat. Ini ada yang anak nak kawin pun kena sponser duit kenduri pulak. Anak kawin sekali je seumur hidup. Kena la buat as per market practice. RM30,000 tak lari punya. Kalau sorang boleh senyum lagi, kalau dua tiga? Macam kisah keluarga saya sendiri, adik saya entah mana silapnya result periksa SPM & STPM tak berapa nak cantik. Kemudian disuruh masuk politeknik, tak mau. Dah putus asa la gitu. Pegi la bekerja kerani akaun. Dua tiga bulan lepas merasa berimpit berebut naik lrt, gaji cukup makan dan dibuli dek majikan, dah nak belajar balik pulak. Nak masuk IPTA, result tak serasi. Merengek nak masuk kolej swasta. Konon ada pinjaman MARA tak pun PTPTN. Habuk pun takde sampai sekarang. Mak dulukan yuran segala dengan simpanan EPF. Duit tu patutnya dipakai masa tua nanti. Tapi Mak mana yg tak pikir masa depan anak. Pejam mata jelah. Terbang RM20,000. Tak cukup dgn tu patutnya dah bersara wajib dah tahun lepas. Taaaaakkkk. Sambung lagi keja jadi contract staff. Duit makan dgn penginapan kolej tu bukan free oooiiiiiiiiii.

4)Berniaga

Bila dah cukup umur,dapat la selepuk lima nam ratus ribu. Tiba-tiba je byk kawan & sedara mara yg mengendeng konon ada bisnis proposal pasti untung. Mata dah rambang tengok potential profit atas kertas yang ntah betul ntah tidak, dengan penuh gaya padayyappa menyain cek dgn amaun yg bukan sikit. Saya ada sorang bapak sedara yang macam ni. Lepas je dapat EPF tu… Err. Kalau dia tau saya bukak cerita mau kena band agaknya dari balik kampung. Korang carik la contoh sendiri.

Cerita-cerita di atas bukan la bertujuan nak menakut-nakutkan. Lebih kepada peringatan. Financial planning tu penting. Apa yang kita buat sekarang menentukan kat mana kita di masa depan. Adakah kita akan mencapai financial freedom, hidup senang lenang tanpa hutang atau pun menumpang ehsan anak-anak ataupun pekerja rumah bahagia. Tuhan takkan mengubah nasib hambaNya melainkan hambaNya berusaha dan bertawakal kepadaNya.

Mulalah menabung dari sekarang.Jangan terlalu bergantung pada EPF untuk bekalan hari tua. Tak cukup. Ada banyak instruments di luar sana yang boleh membantu korang mengumpul dan mendapat pulangan dalam masa yang sama. Fixed Deposit, ASB, Unit trust, Properties: sekadar beberapa contoh yg popular. Saya sendiri ialah konsultan Unit Trust berlesen di bawah payung Public Mutual. Kalau berminat untuk menyimpan dan pada masa yg sama mahukan pulangan yang kompetitif, saya ada jalannya.

Sekian, terima kasih.


SHAHRUL NIZAM MAZLAN
Unit Trust Consultant
Public Mutual Berhad
Email: shahrulnizam.mazlan@yahoo.com
HP: 012-3705735